WACANA

PENANDA WACANA

Monday 3 October 2011

contoh karangan

KARANGAN TAHUN 4
TAJUK : HOBI SAYA

                     Setiap manusia mempunyai hobi. Begitu juga dengan saya. Hobi saya adalah memelihara burung. Antara burung yang saya pelihara ialah burung daripada spesis Nuri iaitu burung Budgi (Buggy).

                     Burung jenis ini berasal daripada negara Australia dan Kanada. Namun begitu, terdapat juga burung tersebut berasal daripada negara Thailand. Saya lebih berminat memelihara burung Budgi daripada negara Australia dan Kanada. Ini kerana, burung dari kedua-dua negara ini  mudah membiak berbanding burung daripada negara Thailand.

                       Burung Budgi mempunyai bulu yang berwarna-warni. Selain itu, ia juga mempunyai suara yang nyaring ketika menjelang awal pagi atau senja. Burung ini juga cepat membiak. Kebiasaannya, burung ini bertelur antara dua biji hingga lapan biji pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, tidak kesemua telur tersebut menetas.

                     Harga sepasang burung Budgi bergantung kepada usianya. Burung Budgi remaja berharga antara RM50 hingga RM60 mengikut harga pasaran semasa. Manakala bagi induknya pula harganya antara RM80 hingga RM150. Bagi burung Budgi yang bermata merah dan mempunyai bulu berwarna kuning atau putih, harganya antara RM120 hingga RM 180 sepasang.

                     Memelihara burung Budgi dapat memberikan pendapatan sampingan kepada saya. Ini kerana, anak-anak burung Budgi yang sedang meningkat remaja akan dibeli oleh peniaga-peniaga haiwan peliharaan di sekitar Terengganu. Selain daripada itu, saya juga menjual ank-anak burung ini kepada kawan-kawan atau peminat burung jenis ini.

                    Kesimpulannya, memelihara burung Budgi dapat memberi ketenangan dan kedamaian kepada diri saya. Sungguhpun begitu, saya tetap tidak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar.

No comments:

Post a Comment