WACANA

PENANDA WACANA

Monday 3 October 2011

contoh PENANDA WACANA

1. meskipun
2. di samping itu
3. lantaran
4. walaupun
5. namun
6. bagaimanapun
7. dengan demikian
8. oleh itu
9. walhal
10. sedangkan

uji minda

BAHAGIAN A:

Bina ayat daripada penanda wacana di bawah.

a)   namun begitu-

b)  sungguhpun  ........ namun

c)  walau bagaimanapun

d)   manakala

e)   Oleh itu


BAHAGIAN B:

Isikan tempat kosong dengan penanda wacana yang tepat.

1.  Cikgu Timah telah memarahi Shahril kerana menconteng dinding tandas. ________________, Shahril berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya lagi.

2.  __________________________ Alif seorang yang lemah dalam pelajarannya, ________________ dia tidak pernah mrngulangkaji di rumahnya.

3.  Hazral seorang pelajar yang pintar. _____________________, dia telah dilantik oleh Cikgu Harun sebagai Ketua Pengawas Sekolah.

4.  Surani sedang memasak di dapur __________________ Fadil pula membaca akhbar di ruang tamu.

5.  Zawawi ____________________ rajin, ____________________ suka menolong kawan-kawannya dalam pelajaran.


BAHAGIAN C:

Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Cita-Cita Saya". Kemudian, gunakan penanda wacana yang diberi untuk digunakan dalam penulisan anda.

i.     Ini kerana

ii.   Oleh itu

iii.   Di samping itu

iv.    Walau bagaimanapun

v.     Seterusnya

vi.    Namun demikian

contoh karangan

KARANGAN TAHUN 4
TAJUK : HOBI SAYA

                     Setiap manusia mempunyai hobi. Begitu juga dengan saya. Hobi saya adalah memelihara burung. Antara burung yang saya pelihara ialah burung daripada spesis Nuri iaitu burung Budgi (Buggy).

                     Burung jenis ini berasal daripada negara Australia dan Kanada. Namun begitu, terdapat juga burung tersebut berasal daripada negara Thailand. Saya lebih berminat memelihara burung Budgi daripada negara Australia dan Kanada. Ini kerana, burung dari kedua-dua negara ini  mudah membiak berbanding burung daripada negara Thailand.

                       Burung Budgi mempunyai bulu yang berwarna-warni. Selain itu, ia juga mempunyai suara yang nyaring ketika menjelang awal pagi atau senja. Burung ini juga cepat membiak. Kebiasaannya, burung ini bertelur antara dua biji hingga lapan biji pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, tidak kesemua telur tersebut menetas.

                     Harga sepasang burung Budgi bergantung kepada usianya. Burung Budgi remaja berharga antara RM50 hingga RM60 mengikut harga pasaran semasa. Manakala bagi induknya pula harganya antara RM80 hingga RM150. Bagi burung Budgi yang bermata merah dan mempunyai bulu berwarna kuning atau putih, harganya antara RM120 hingga RM 180 sepasang.

                     Memelihara burung Budgi dapat memberikan pendapatan sampingan kepada saya. Ini kerana, anak-anak burung Budgi yang sedang meningkat remaja akan dibeli oleh peniaga-peniaga haiwan peliharaan di sekitar Terengganu. Selain daripada itu, saya juga menjual ank-anak burung ini kepada kawan-kawan atau peminat burung jenis ini.

                    Kesimpulannya, memelihara burung Budgi dapat memberi ketenangan dan kedamaian kepada diri saya. Sungguhpun begitu, saya tetap tidak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar.

contoh ayat

1.  Izuan tidak akan berganjak dengan keputusannya meskipun dirayu berkali-kali oleh Azira.

2. Shahrul gagal dalam ujian memandu. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk mengambil ujian itu semula.

3. Syuhairah telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Namun begitu, dia menolaknya kerana tidak berminat.

4. Datuk mencangkul tanah, manakala nenek memberi bijirin kepada ayam-ayamnya.

5. Pemuda itu pernah meringkuk dalam penjara. Sejak itu, dia berjanji tidak mahu terlibat lagi dalam kegiatan jenayah.

6. Walaupun perniagaannya mengalami kerugian, namun Encik Tong tidak berputus asa.

7. Filem arahan pengarah muda itu bukan sahaja tidak menarik malah sangat membosankan.

8. Sedangkan motosikal tidak mampu dibelinya, apatah lagi kereta.

9. Daripada kamu berbual-bual kosong, lebih baik kamu menolong ayah di kebun.

10. Walaupun Asri tidak mempunyai wang belanja, namun dia tidak pernah meminta daripada rakan-rakannya.