WACANA

PENANDA WACANA

Wednesday 21 September 2011

Apa itu WACANA?



Menurut KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT:
Wacana merupakan keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan.
Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.
Kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan atau pun tulisan.

Menurut ASMAH HAJI OMAR, 1986
Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.

Menurut KAMUS DEWAN, 1996:1540
Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, siri ensiklopedia dan sebagainya), paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Harimurti Kridalaksana,1982)

Menurut TEKS PRA-U STPM
Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat.

KAJIAN BAHASA
Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, iaitu boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, dan sebagainya yang dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Dengan perkataan lain, wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap.

TEKS DAN RUJUKAN LENGKAP BAHASA MELAYU KERTAS 1&2
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan satu satuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku.

Secara KESIMPULANNYA…
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.

RUJUKAN
Goay Teck Chong, ChooSay Tee, Zainuddin Ahmad (2007), Teks Pra-U STPM, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam (1985), Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
…(2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Nor Syed Abd Rahman, Nornajmah Najmuddin, Rosdah Omar (2007), Bahasa Melayu Kertas 1&2 teks dan rujukan lengkap, Arah pendidikan Sdn. Bhd.

SUMBER:
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/definisi-wacana-maksud-wacana.html

No comments:

Post a Comment